Profil Kami
Aktif Bersama Komuniti
Ikuti aktiviti Al Qanaah Pharmacy daripada program komuniti, jelajah kesihatan, event lapangan dan perkongsian menarik melalui TikTok rasmi event kami.
Pembukaan Outlet
Setiap pembukaan outlet membawa kami lebih dekat dengan pelanggan — menyediakan akses farmasi yang mesra, mudah dan dipercayai untuk keperluan kesihatan harian.
Lihat CawanganAL QANAAH PHARMACY SDN. BHD. (AQPSB) merupakan rangkaian farmasi komuniti yang komited dalam menyediakan produk kesihatan berkualiti serta perkhidmatan penjagaan kesihatan yang profesional kepada masyarakat. Sejak penubuhannya pada April 2022, AQPSB terus berkembang pesat dan kini mempunyai 8 cawangan di seluruh Johor, menjadikannya antara farmasi komuniti yang semakin dipercayai oleh pelanggan di negeri ini.
Dengan sokongan 8 orang ahli farmasi berlesen yang berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia serta kerjasama doktor bertauliah bagi perkhidmatan konsultasi kesihatan, kami berusaha memastikan setiap pelanggan menerima nasihat dan rawatan yang tepat, selamat, dan berkesan. Pasukan kami turut terdiri daripada tenaga profesional yang berpengalaman dalam bidang kesihatan, nutrisi dan kesejahteraan.
Di AL QANAAH PHARMACY, kami percaya bahawa akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti haruslah mudah, mesra dan mampu dimiliki. Oleh itu, kami sentiasa mengutamakan pengetahuan, profesionalisme dan layanan mesra pelanggan dalam setiap perkhidmatan yang diberikan.
Melalui rangkaian cawangan yang semakin berkembang, kami komited untuk menjadi pilihan utama masyarakat dalam memenuhi keperluan kesihatan harian, di samping memperkasakan komuniti ke arah kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera.
Visi
Menjadi penyedia produk kesihatan dan farmaseutikal yang paling dipercayai dan terkemuka.
Misi
Meluas pasaran ke seluruh negara agar semua orang boleh mendapat manfaat, sambil memupuk persekitaran rawatan kelas pertama yang selamat, berasaskan hormat, profesionalisme dan komunikasi positif.
Slogan
Empowering Your Health
Nilai
Penyelesaian Penjagaan Kesihatan Komprehensif, Sumber Pendidikan, Penjagaan Peribadi, Teknologi Inovatif, Penglibatan Komuniti
Ahli Farmasi Berlesen & Berpengalaman
Farmasis berdaftar dengan pengalaman luas serta latihan berterusan (CPD) bagi memastikan nasihat kesihatan yang tepat dan profesional.
Konsultasi Farmasi & Doktor
Menyediakan perkhidmatan konsultasi oleh ahli farmasi dan doktor bertauliah untuk panduan kesihatan yang lebih menyeluruh.
Pematuhan Piawaian KKM
Semua operasi farmasi mematuhi garis panduan dan regulasi Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menjamin keselamatan dan kualiti perkhidmatan.
Rangkaian 8 Cawangan di Johor
Mempunyai 8 outlet strategik di seluruh Johor bagi memudahkan akses pelanggan kepada perkhidmatan farmasi.
Produk Asli & Berkualiti
Menawarkan produk farmaseutikal, suplemen dan penjagaan kesihatan yang sah serta dipercayai.
Latihan & Pembangunan Berterusan
Staf sentiasa diberi latihan terkini untuk meningkatkan tahap profesionalisme dan mutu perkhidmatan.
Perkhidmatan Mesra & Profesional
Mengutamakan kepuasan pelanggan melalui layanan yang cepat, mesra dan berorientasikan solusi kesihatan.
Komitmen Kesihatan Komuniti
Fokus kepada peningkatan tahap kesihatan masyarakat melalui pendidikan dan sokongan kesihatan yang berterusan.